LAMUNIN TUTONG 14 DISEMBER 2007 - SEMANGAT KESATUAN dan gotong royong dalam masyarakat terserlah di tapak projek penanaman padi seluas 300 ekar kelolaan Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.
 |
Tapak projek penanaman padi itu terletak di Lamunin Tutong. Seramai 130 orang penduduk di sekitar kawasan tersebut menyertai projek tersebut. 40 peserta dari jumlah tersebut merupakan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP).
Lebih 4 bulan lepas kawasan tersebut
|
merupakan hutan belukar yang baru dibuka untuk projek penanaman padi tersebut. Kenderaan bermotor belum dapat digunakan untuk memasuki kawasan tersebut.
 |
Sekarang ianya sudah bertukar wajah menjadi kawasan yang indah dengan kehijauan tanaman padi terbentang luas.
"Insya Allah awal tahun hadapan padi-padi ini akan sudah mula dituai", ujar Awang Haji Mustafa, ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan NDP Tutong, sambil menambah jika semua kawasan 300 ekar itu dapat diusahakan dengan baik ianya boleh menghasilkan lebih kurang 300 ke 400 tan padi setahun.
|
Katanya kawasan tersebut telah dibukakan oleh Jabatan Pertanian untuk penduduk kampong dan persekitarannya mengusahakan projek penanaman padi sejak awal tahun ini.
Seramai 40 orang ahli-ahli NDP yang tinggal di kawasan Lamunin dan Mukim Ukong juga turut serta menyokong dan membantu Jabatan Petanian memajukan projek tersebut.
Klik disni untuk laporan berkaitan: