"Produk dari pokok rumbia ini bukan sahaja dihasilkan untuk ambuyat akan tetapi ianya dapat diusahakan untuk menahsilkan bermacam-macam jenis produk makanan yang lain. Seperti yang kita maklumi di Mukah perusahaan sagu ini sudah dapat dimajukkan sehingga berjaya menembusi pasaran sagu di rantau ini dan juga di arena antarabangsa".
"Walaupun pada satu ketika dahulu perusahaan sagu di Brunei merupakan satu perusahaan yang begitu maju memandangkan sagu merupakan makanan asas kedua negara namun sekarang ianya sudah berkurangan", keluh Haji Matzin.
Justeru, tambahnya NDP melalui PIAT melihat pentingnya usaha ditumpukkan kearah menghidupkan semula industri sagu di Brunei dan menjadikannya satu industri yang berdaya maju.
Menurutnya lagi di Brunei sekarang hanya terdapat sebilangan kecil pengusaha yang masih bergiat aktif dalam usaha menghasilkan sagu.
Masalah besar yang menghalang pengusaha untuk terus maju dalam perusahaan ini ialah keggagalan kita melihat pentingnya perusahaan sagu ini dimajukkan dari aspek keselamatan permakanan dan juga keggagalan melihat potensi pasaran sagu yang semakin berkembang dengan adanya penemuan dan teknologi baru untuk mempelbagaikan produk yang dapat dihasilkan secra komersial dari pokok rumbia ini, tambah Awang Haji Matzin.
Tegasnya pengabaian perusahaan sagu ini jika berterusan juga merisaukan kerana ianya boleh menjadikan pokok rumbia pupus berikutan penebangan yang tidak teratur, terkawal dan usaha penanaman semula yang tidak bersistematik.
"Kita khuatir satu hari nanti makanan yang diperbuat dari sagu juga akan di import sedangkan kita mempunyai potesni untuk menghasilkan nya cukup untuk memenuhi keperluan domestik, seperti kawasan yang sudah ada di Temburong, Ukong dan di Kuala Balai", ujar Awang Haji Matzin.
Menurut beliau beberapa lawatan telah dibuat oleh rombongan PIAT untuk meninjau perusahaan sagu di Brunei dan mendapati rata-rata pengusaha-pengsuaha yang masih bergiat sangat memerlukan sokongan dari pihak-pihak tertentu untuk memudahkan mereka memajukan lagi perusahaan mereka.
"NDP melalui PIAT dalam hal ini akan terus beruaha membantu sedaya mungkin untuk menggalakkan pengusaha-pengusaha yang sudah ada dan juga mereka yang berminat untuk memajukan lagi perushaan mereka".
"Lawatan sambil belajarke Mukah merupakan salah satu usaha yang kita maksudkan. Kita berharap nanti dengan adanya pendedahan seperti ini pengusaha-pengusaha akan lebih berkeyakinan untuk meneruskan dan memajukkan perusahaan mereka".
Ujar Haji Matzin semasa lawatan itu nanti rombongan akan dibawa melihat program dan sistem penanaman semula pokok rumbia, pemrosesan sagu dari rumbia, dan pembuatan produk-produk sagu.
"Kita juga akan melihat secara dekat cara pembungkusan dan pemasaran produk-produk yang diperbuat dari sago di Mukah", tambah Awang Haji Matzin lagi.